GEORGE TOWN: Tidak wajar hanya meletakkan kesalahan di bahu Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi susulan kekalahan besar dialami Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos lalu.
Sebaliknya, semua pihak perlu bertanggungjawab dan kembali membina semula parti serta tidak terpengaruh dengan ‘orang luar’ yang cuba menjatuhkan UMNO dan BN.
Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail berkata, budaya buruk mendesak pimpinan tertinggi parti meletak jawatan perlu dihentikan kerana ia tidak menyelesaikan masalah sebaliknya hanya mengeruhkan lagi keadaan.
Jelasnya, UMNO bahagian itu, akan terus istiqamah dan memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Ahmad Zahid untuk menerajui parti.
“Kami semua sependapat dan sebulat suara menyatakan keputusan ahli jawatankuasa empat peringkat UMNO bahagian Bukit Bendera bahawa kami akan tetap berdiri teguh dan kukuh bersama dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam membina semula dan membangkitkan UMNO menjadi satu wadah perjuangan yang boleh diterima.
“Kita istiqamah pertahankan institusi Presiden sehabis baik. Kita juga faham bahawasanya UMNO hari ini terlalu banyak dengar cakap ‘orang luar’, ‘orang luar’ yang nak Zahid turun kerana mereka tahu kalau Zahid turun, mudah bagi mereka untuk masuk dalam UMNO dan mencari matlamat utama mereka yang mahu membunuh UMNO,” kata beliau kepada pemberita ketika ditemui di pejabat UMNO Bahagian Bukit Bendera, di sini, hari ini.
Sementara itu, Ahmad meminta ahli UMNO supaya membuka mata melihat apakah ahli parti lawan meminta pimpinan mereka meletakkan jawatan sewaktu kekalahan parti mereka sebagaimana yang dilakukan UMNO ketika ini.
Malah beliau turut membidas pihak lawan yang didakwa cuba mencampuri urusan dalaman UMNO dan menasihatkan mereka supaya menjaga parti sendiri.
“Apakah dalam UMNO ini hanya (ada) Presiden? Dan apakah Presiden seorang yang perlu bertanggungjawab semua? Sedangkan bila ada kemenangan bagaimana dengan tempat yang kita pernah menang?
“Tak usahlah mahu meminta (Presiden) UMNO letak jawatan, kita ada acara kita, kita ada rumah, kami jaga rumah kami, hangpa jaga rumah hangpa, dan pada saya semua perlu harus bertanggungjawab bukan Presiden sorang dan kita tahu Presiden kami seorang yang bertanggungjawab…” tambah Ahmad.
Keputusan PRN di enam negeri menyaksikan BN merekodkan kekalahan terburuk dalam sejarah apabila parti itu hanya memenangi 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 108 kerusi yang ditandingi.
BN hanya menang 14 kerusi di Negeri Sembilan, dua masing-masing di Selangor dan Pulau Pinang serta satu di Kelantan.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Aug 21 2023
Tidak wajar hanya meletakkan kesalahan di bahu Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi susulan kekalahan besar dialami Barisan Nasional pada pilihan raya negeri pada 12 Ogos lalu, kata Datuk Ahmad Ismail. - Gambar fail
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Perjalanan terakhir Konstabel Muhamad Syafiq'
Linangan air mata ahli keluarga menyelubungi upacara pengebumian Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said pada Sabtu.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Polis nafi rakyat Singapura ditahan
PDRM menafikan seorang warga Singapura antara tujuh ditahan berkaitan siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Jumaat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Tunggu aku balik' - Rakan kenang pesan arwah
Ami acap kali berpesan kepadanya dan rakan-rakan yang lain supaya menantikan kepulangannya ke kampung halaman.
Lelaki disyaki ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel ditahan
Polis menahan seorang lelaki di Kemunting, Perak selepas disyaki membuat ugutan bunuh kepada ibu bapa penyanyi dan pelakon, Naim Daniel di media sosial pada Jumaat.
Fokus Minggu Depan: Menangani dan memahami pemikiran ekstrem
Prof Dato Dr Muhammad Nur Manuty, Pengerusi IKIM
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan semula di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.
Microsoft minta pekerja mereka di China untuk berpindah negara
Antara pilihan yang diberikan termasuk AS, Ireland, Australia, dan New Zealand.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan
Kerajaan Sabah menetapkan sasaran 30 peratus penyertaan syarikat tempatan berskala kecil dalam bidang industri melibatkan perkhidmatan minyak dan gas serta peralatan di negeri itu.
Keselamatan balai polis, sempadan seluruh negara dipertingkat
Kawalan keselamatan di balai polis seluruh negara terus dipertingkatkan dan sistem pertahanan sedia ada akan diperkemas susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi semalam
Raja Muda Perlis jadi Pemangku Paja Perlis selama empat bulan
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan menjadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan bermula pada 15 Mei lepas.
'Malaysia antara negara paling aman, namun jangan ambil mudah' - Zahid Hamidi
Insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi semalam sehingga mengorbankan dua anggota polis tidak boleh diambil mudah walaupun negara berada dalam keadaan aman.
Hari Guru: Tablet percuma untuk murid dan guru - Zahid
Ahmad Zahid berkata bajet pada tahun hadapan akan ditambah untuk pembelian perkakasan bagi melaksanakan kaedah pembelajaran melalui sistem digital.
Kerajaan cuba pastikan satu peranti untuk satu pelajar - Zahid Hamidi
Kerajaan akan cuba memastikan setiap pelajar dan murid dibekalkan dengan sebuah peranti bagi memudahkan kaedah pembelajaran secara digital, kata Ahmad Zahid.
Tiada lagi panjat pokok, kerajaan akan pastikan liputan internet cukup - Ahmad Zahid
Kerajaan akan memastikan kawasan berkepadatan rendah, desa dan pedalaman disediakan liputan Internet yang secukupnya untuk memudahkan pelajar mengikuti pembelajaran secara dalam talian.
Jemaah Menteri Malaysia rakam ucapan tahniah kepada Lawrence Wong
Ucapan itu antara intipati mesyuarat Kabinet dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, di Putrajaya pada Rabu.
Pelaksanaan program TVET kekal dikendali 12 kementerian - Ahmad Zahid
Program TVET yang dilaksanakan dengan kerjasama 12 kementerian dan agensi kerajaan perlu dikekalkan.
UMNO kian kukuh, keahlian terus bertambah - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata parti pimpinannya itu kian kukuh, di sebalik pelbagai tohmahan dilontarkan pihak tertentu.
'UMNO tak akan tenggelam dalam lipatan sejarah' - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersumpah dan tekad untuk memastikan parti itu tidak akan tenggelam dalam lipatan sejarah.
Kenyataan media UMNO yang tular di media sosial, palsu - UMNO
Kenyataan tular mendakwa UMNO kini lebih bersifat terbuka dalam pendekatan dan sanggup mengurangkan penekanan eksklusif terhadap keutamaan kaum Melayu, adalah palsu.
Kejayaan calon PH bukti semangat kekitaan yang erat dalam Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
"DAP banyak bantu calon BN dalam PRK sebelum ini, tidak salah jika UMNO membalas budi yang telah ditabur oleh mereka."